Sunday, May 16, 2021

Untuk sahabat saya


Hari ini, saya ingin mengabarkan berita bahawa. Sahabat saya yang saya kasihi telah meninggal kan dunia ini. Telah berlaku kemalangan dijalan raya, namun dia terselamat dan masih mampu berdiri ketika  itu, setelah dia di bawa ke emergency room dia mungkin mempunyai kompilasi pernafasan di bahagian dada sehingga membuat dia menghembuskan nafas nya yang terakhir. Shabat saya yang bersama tempat duduk ketika kami sama kelas di sekolah menengah dahulu. Mungkin dunia tidak perlu tahu akan tentang diri dia. Namun memorinya sentiasa segar dan akan kami simpan di ingatan kami dan keluarganya untuk selamanya.  Terutama lagi dengan isterinya dan anaknya yang masih lagi bayi, we always pray for you.
Saya mengisi ruang post ini bukan hanya untuk mengabarkan kepergianya namun saya ingin mencerita tentang disebalik kisah hidupnya, disekolah joel seorang yang biasa-biasa, dia tidak terlalu expert dalam semua pelajaran, tapi seorang yang aktif dalam sukan dan activity, ayahnya seorang guru di sekolah itu juga. Dan memandangkan saya sama duduk dengan dia waktu sekolah, dia selalu menceritakan bahawa ayahnya mempunyai expectation yang banyak untuk dirinya. Dia selalu mengatakan bahawa dia selalu hilang focus ketika pelajaran dan sukar untuk mengingati semuanya. Jujur saya katakan, saya juga turut tidur dengannya di kelas terutama matapelajara mathematic kerana kami langsung tidak memahaminya dan sukar untuk memahaminya `hahaha` pada tahun itu matapelajaran metamatic sangat sukar apalagi dengan bahasanya ditambah bahasa English, memang pening kepala la dik. Pokoknya, setelah kami tamat sekolah tingkatan 5, dan setelah kami mendapat keputusan spm masing-masing, dia begitu kecewa dengan keputusannya, dan dia memberitahu kepada saya bahawa dia cukup malu untuk pulang bersemuka dengan ayahnya. Saya berkata dengannya `tak pa tu wel, faham ayah kau tu nanti`. Ingatan saya tentang kejadian itu sepertinya seperti semalam,dan perkara itu sepertinya masih segar di fikiran saya, kerana bagi saya,  itu adalah moment yang paling down yang diungkapkan oleh seseorang.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, pada tahun ini umur kami sudah pun beranjak 30. saya melihat dia mempunyai progress didalam kehidupnya. Oleh kerana kami mempunyai kehidupan masing-masing dan sentiasa sibuk, saya jarang mengetahui kabarnya namun  saya mendengar kabar bahawa dia berkahwin dengan wanita yang dia sukai ketika waktu sekolah, sebagai rakan yang duduk semeja, mendengar keluh kesahnya tentang perempuan yang dia sukai itu sudah menjadi rutin harian bagi saya untuk mendengarnya. Oleh itu, Saya turut gembira akan dirinya meskipun saya tidak dapat hadir ke perkahwinanya pada ketika itu kerana sibuk berkerja.
Apa yang saya ingin saya sampaikan disini, adalah kegagalan  dan kebahagian bukan hanya terletak kedalam satu point, jika kamu gagal tidak bermaksud kamu tidak akan Berjaya, mungkin sekarang kamu tidak merasa bahagia, tetapi jika kamu selalu berfikiran positive seperti joel dan sentiasa senyum dengan semua orang walaupun didalam kesukaran.mana tahu,  Kita akan melihat cahaya di penghujung terowong. Saya tahu Mungkin tidak semuanya sempurna , tapi mempunyai perasaan bersyukur akan hal-hal yang baik dalam hidup sedikit mampu memberi kita calm dalam kehidupan. Apa yang saya pelajari disini, mendengar kesedihan seorang pemuda ketika dahulu, pemuda itu sekarang  terpancar dengan kebahagian dan Berjaya dalam kehidupan. Tapi tuhan lebih menyayangi dirinya. Akhir kata, saya berharap para reader dapat melihat perspektif tersebut seperti pandangan saya. Mungkin pemergianan seseorang yang kamu tidak kenali itu, tidaklah begitu penting. Namun kisah seseorang itu adalah memori  yang terpahat di dalam fikiran saya, Rip joel liun 

No comments:

Post a Comment