Tuesday, March 19, 2013

sejenak termenung sebentar.

setelah beberapa minit aku termenung sebentar, fikiranku melayang memikirkan tentang hidupku, selama beberapa minit itu sepertinya jiwa dan fikiranku menjadi kosong tanpa ketegangan hidup malah sukacita hidup cuma kosong. tetapi sedetik fikiranku merenungkan akan hidupku ini, sepertinya image jalan yang mempunyai banyak hala dihadapanku. aku berfikir, apakah ini tuhan? adakah kau ingin pertanyakan aq untuk memilih jalan cara hidupku atau badai cobaan hidup lagi agar aku terus diuji untuk mendapatkan mahkota hidup darimu,
   aku terdiam dan terpaku, mata ku hanya terus memandang kehadapan tanpa berkelip pun, aku berkata kepada diriku adakah aq sudah gila, agaknya. mataku tertumpu kepada jendela di luar sungguh pemandangan yang indah, pada waktu petang yang mendung dengan angin tersepoi2 sehingga aq dapat merasakanya di  sebalik dinding ini, fuhh....kataku sebagai menamatkan temenungku ini, aku  memukul ringan kepalaku agar aku sedar dari khayalku ini.
   lalu aq berjalan menuju ke jendela, menghirup udara yang segar disitu, oh, indah dunia ini, sungguh rugi jika mereka yang terlalu sibuk dengan perkerjaan sahaja. maka aq teringat akan rakan yang sama berkerja dengan aq, dia ini asyik nak berkerja saja memanjang, aq betul-betul tidak tahu bagaimana menjadi rajin seperti dia. esh...maka aku tersadar dari temenungku yang panjang lalu memukul kepla ku lagi sebagai menyedarkan diri ku dari pemikiranku itu, berbalik dari itu aku sedar akan termenungku yang panjang, aku mulai sadar juga mengapa aku menanyakan akan detik-detik hidupku yang dulu, mengapa aku harus menanyakan persoalan yang bodoh ini, kerana saya sendiri sudah mendapat jawapannya sendiri iaitu pada waktu sekaranglah saya harus berhenti berangan dan mengejar angan-angan itu, mengapa harus mencari jawapan beribu buku kerana jawapan ada pada dirimu..