Andainya dia tahu,
Apabila saya jatuh cinta,
dia itu tidak semestinya punya segalanya,
Tetapi dia itu adalah segalanya di hati saya.
Andainya dia tahu,
Apabila saya itu mengalirkan air mata,
Itu bukan bermakna saya lelaki yang lemah,
Tetapi saya sedang mencari kekuatan,
Untuk terus tabah mencintai dia itu.
Andainya dia tahu,
Apabila saya marah,
Memang saya tidak mampu mengawal perasaannya,
Tapi percayalah, itulah maknanya,
saya sangat mengambil berat dan menyayangi orang itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
Semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya dia tahu,
Apabila saya bercakap banyak,
saya tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
Tapi saya mahu dia mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya dia tahu,
Apabila saya berkata saya mahu kamu berubah,
Itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima anda seadanya,
Tetapi saya mahu menjadikan anda lebih baik,
Bukan untuk saya ,
Tetapi untuk masa depan anda.
Andainya kamu tahu,
Apabila saya cemburu dan tidak percayakan anda,
Bukan bermakna saya tidak sayang,
Tetapi saya terlalu sayangkan anda,
Dan masih menganggap anda anak kecil,
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang kadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi,
Naluri kelakian sangat kuat,
saya hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai kamu tahu,
Apabila saya merajuk,
Jangan kata saya mengada-ngada.
saya bukannya mahu dipujuk dengan godaan
atau hadiah sedozen,
Tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat saya rasa dihargai.
Andai kamu tahu,
Apabila saya jarang mengatakan ' i love you ',
Itu tidak bermaksud saya tidak mencintai
Tetapi saya mahu kamu itu merasai sendiri cintanya,
Bukan hanya hadir dari kata-kata
Tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai kamu tahu,
Apabila saya kata saya rindu sama kamu,
saya benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bemain di mata.
No comments:
Post a Comment