Monday, September 3, 2012
Anak Merdeka Malaysia
"Sebagai rakyat Christian Malaysia, saya berasa bangga menjadi anak Malaysia. tema 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada seluruh rakyat Malaysia amat kelihatan dimata saya. . Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-52,saya hendak menyeru agar youth mahupun rakyat christian Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi aman damai tuhan kepada Negara ini. ' saya sangat bersyukur kerna saya mempunyai ramai kawan dari yang berbagai agama. ya, saya tahu hal agama amat 'sensitive' jika mebabitkan apalagi bila bersama kawan yang bukan beragama christian. tapi bagi saya kerajaan malaysia sudah melakukan yang terbaik untuk membangun negara ini secara harmoni, bahkan sungguh baik menempatkan christian di sini dengan perlindungan yang sewajarnya. pergolakan yang berlaku janganlah menyalahkan dan memarakan kemarahan tapi lakukan dengan kasih.
Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban untuk Negara, keselematan rakyat akan sentiasa terjamin.Disebabkan kemerdekaan yang telah kita kecapi. saya sungguh berbangga dengan Negara Malaysia kerana keadaannya tenteram dan tidak seperti Negara luar yang sentiasa berada di dalam keadaan darurat seperti Negara Iraq,Pakistan,Afghanistan,Thailand dan sebagainya. Dengan ini saya bersyukur kepada tuhan kerana kemakmuran dan kedamaian yang telah kita berada sekarang. Dengan ini juga,semoga generasi christian yang akan datang sedar tentang beberapa perkara ini dan terus mengekalkan keseimbangan dan keamanan negara ini"
ucapan dari saya 'jerz'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment