Sunday, April 1, 2012

Janji Kawan Memberi Harapan


      Hye everyone,hari ini saya ingin menceritakan tentang dua gadis yang cantik di sebelah ni,masa dalam post 'my name is jerz 2', saya ada menceritakan bahwa saya pernah berjanji dengan dua orang kawan pada tahun 2015 nanti kami akan mendapat kejayaan masing-masing,well inilah mereka yang saya cakapkan tu.Perjanjian ini bermula ketika Erika mendapat tawaran sebagai supervisor perubatan di kuching dan stephanie pula tidak lama lagi akan meninggalkan kami untuk menyambung pelajaran dan kami tahu setelah itu kami tidak akan berjumpa dengan masa yang panjang oleh kerna itu kami berjanji pada tahun 2015 nanti kami akan reunion semula dan bersemuka denga kejayaan.
       Bagi pengetahuan kalian yang sebelah kanan tu namanya Stephanie pang hui panggil saja dia pang hui, sebenarnya dia adalah anak kepada manager kami iaitu jimmy yeong.oleh sebab sugarbun tidak cukup perkerja jadi ayahnya membawa pang hui ni berkerja sementara di sugarbun,tapi agak lamalah dan sebelah tu nama dia Erika.Erika ni berbangsa bisaya,dia pandai berbahasa iban.sebenarnya kami bertiga berjumpa semasa kami berkerja sebagai cashier di sugarbun,kami berkenalan semasa kami bertiga selalu sama shift dan kami mulai rapat pula ketika semasa perayaan hari raya,sebab kami bertiga bukan beragama islam,time tu hanya tinggal kami bertiga sebagai cashier ketika perayaan hari raya.
      selama saya mengenal mereka, Erika adalah seorang perempuan yang cantik dan suka ketawa.,erika seorang yang tidak pernah marah jujur saya katakan sepanjang aku bersama dia tidak pernah sekalipun saya tengok dia marah,tu pun dia hanya marah main-main dan semasa erika letih tidak pernah saya mendengar dia merungut cuma dia hanya melukiskan senyum dan ketawa sahaja dan pang hui pula seorang perempuan mempunyai iq yang tinggi,dia sentiasa betul ketika mengira duit,pang hui juga selalu menasihati saya,dia pernah menasihati ku agar jangan meminum soft drink terlalu banyak sebab tidak bagus untuk kesihatan.entah bagaimana saya mendengar nasihatnya padahal ramai kawan selalu menasihati.
     akhir kata,saya berharap ketika kami berjumpa nanti kami akan bersemuka dengan berjaya..wish me luck guy..


No comments:

Post a Comment