Hai everyone it me,lama saya tidak menulis blog ini,setelah beberapa lama menghilang banyak cerita kisah hidupku untuk bulan yang lalu ingin saya kongsikan.pada bulan febuary lalu datuk saya telah meninggal dunia.kisahnya bermula dari sini.
Yan!yan! kedengaran suara uncleku memangil nama abangku,pada pagi itu.sewaktu itu tubuhku masih berbaring di tilam,mataku tertumpu kepada jam bilikku, 8.30 am..telingaku terpasang untuk mendengar perbualan uncleku,saya terkejut terdiam ketika uncleku membritakan bahwa datuk saya telah meninggal,tiba-tiba dalam fikiranku lantas teringat kelmarin hujan lebat,pada waktu itu saya sedang menyanyikan mengunakan gitar lagu peyembahan iaitu hati sebagai hamba mendengar guruh ketika hujan itu membuat aku terdiam mengenangkan datukku,siapa sangka itu menunjukan tanda itu.9.00 pagi.semua kami sekeluarga berkumpul di rumah untie ku,kedengaran tangisan daripada semua anak perempuannya termasuk ibuku mengelilingi bunyi di rumah itu.melihat itu terjadi membuat saya hanya menangis dalam hati sahaja kerna saya tidak mahu menambahkan duka,apa lagi saya seorang lelaki dan banyak kerja yang kami harus lakukan nanti,menurut adat kami orang iban kami harus berjaga dengan arwah selama 3 hari dan pada hari ke 4 arwah dimasukkan ke dalam keranda akhir sekali hari ke 5 arwah dikuburkan,adat itu selalunya dibuat orang warga emas seperti nenek,datu atau moyang yang berumur panjang setelah itu kami diberi pantang sepanjang arwah meninggal dan selepas arwah dikuburkan kami diberi pantang juga selama seminggu,antara pantang kami iaitu jangan menonton tv,jangan mendengar music terlalu kuat dan jangan gunting rambut pantang ini dibuat adalah untuk menjaga hati kepada keluarga yang meninggal malah untuk menghormati orang meninggal.selama 3 hari itu kami harus menyediakan makanan untuk pagi,tengah hari dan malam pada lewat malam pula kami menyediakan air panas kopi,teh untuk berjaga sepanjang malam.
Setelah hari ke 5,hari datuk saya dikuburkan,banyak perkara yang pelik berlaku disana,pada mulanya bahan-bahan untuk membuat simen kubur tidak mencukupi,oleh itu,mereka terpaksa membeli bahan itu,menunggu bukan main lamanya,dari pagi kira-kira pukul 7 sampai pukul 11 lebih.setelah itu berkali-kali untuk membuat dinding kubur itu sentiasa aja roboh,air untuk mencampur simen juga tidak cukup sebab disitu tidak ada sungai,yang paling saya risau makanan kami tidak mencukupi.sekarang pukul 4 kubur belum juga siap-siap,kami semua duduk dengan rungutanya masing-masing. tiba-tiba kemunculan seorang lelaki memakai cermin mata datang,dalam hatiku siapa tu?salah seorang dari kami kata apai ngah bermaksud uncle,terus-terus uncle kami yang datang dari jauh itu mendekati kubur ayahnya lalu menangis diatas kerandanya,lalu dia mengatakan saya sudah balik ayah,menangis mengalirkan air mata memandang apa yang terjadi,dengan anehnya pembikinan kubur itu semakin menjadi,malah menjadi sangat kukuh.rupanya datuk saya sedang menunggu anak kesayanganya
true story..
No comments:
Post a Comment