Sunday, May 9, 2021

My confession

Hampir lebih beberapa tahun saya tidak menulis dan mengisi sesuatu ke dalam blog ini,hari ini terdetik saya ingin meletakkan sesuatu ke dalam post ini. Saya juga sebenarnya mepunyai beberapa blog yang lain, dan blog itu saya buat untuk tajuk yang berbeza dan saya tujukan untuk reader yang mungkin berminat dengan tajuknya. Okey, seperti yang kamu tahu pada tahun ini 2021 dan tahun lepas iaitu tahun 2020 seluruh dunia telah digemparkan dengan virus wuhan flu iaitu corona virus aka covid19. Sebenarnya Saya malas nak hujahkan lebih detail tentang covid19 kerana ianya telah diterangkan dalam banyak media tidak kiralah dari television, facebook atau sebagainya. Dan seluruh pelosok dunia pun tahu akan apakah covid 19 ini, dan tak perlulah saya terangkan disini, kerana kepala saya pun dah naik pening everytime buka tv especially berita tentang covid, tengok media social juga tentang covid19. Ya, saya tahu kita harus diperingatkan untuk menjaga diri kita ketika pendemik ini, kerana virus ini sangat mudah untuk dijangkiti dan kepada mereka yang mempunyai imusasi badan yang lemah juga mudah diserang.
Okey enough covid, sebenarnya I have a confession to make, sebenarnya saya anxiety untuk menulis sesuatu kepada blog ini? What! Why!?. Because my life is not perfect, dan apabila saya menulis blog saya yang lain, saya lebih confident kerana saya menulisnya sebagai ananomasy, saya menulisnya tanpa mereka yang membaca tidak tahu siapa diri saya dibelakang screen. Kerana saya lebih gemar untuk mencetuskan idea dan memberi maklumat tanpa batas, tapi bila saya expose diri saya di dalam blog ini saya agak anxiety. Saya tahu blog ini saya ciptakan pada tahun 2010, jujurku katakan pada dulu saya pun tak tahu apa yang saya buat dan apa idea yang saya ingin sampaikan. Ingin terdetik saya ingin memadam semua post di dalam blog ini kerana saya sendiri malu untuk membacanya. Tapi, herm teruskan saja lah. Bila saya ingatkan semula, macam takda orang juga yang membaca blog ini. So, what in mind right now, saya ingin jadikan blog ini untuk membuka ruang bagi diri saya untuk flashback diri saya dengan apa yang berlaku di sekitar saya.
Seriously I don’t know, jika ada orang membuka blog ini untuk membacanya, dan juga saya tak tahulah, sekarang ini the new generation mereka lebih gemar membuka app tiktok dan lebih mencari information dari facebook. Dan walaubagaimana pun, jika masih ada orang yang masih membaca blog saya, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi, dan saya harap saya dapat memberi kita topic-topic yang menarik dan sedikit sebanyak kalian terhibur. Dan saya kembali untuk menulis blog ini kerana saya mempunyai beberapa idea yang mungkin bakal saya tuliskan nanti dan topic yang berada dalam minda saya mungkin ingin saya kongsikan. 

No comments:

Post a Comment