Sunday, May 16, 2021

Untuk sahabat saya


Hari ini, saya ingin mengabarkan berita bahawa. Sahabat saya yang saya kasihi telah meninggal kan dunia ini. Telah berlaku kemalangan dijalan raya, namun dia terselamat dan masih mampu berdiri ketika  itu, setelah dia di bawa ke emergency room dia mungkin mempunyai kompilasi pernafasan di bahagian dada sehingga membuat dia menghembuskan nafas nya yang terakhir. Shabat saya yang bersama tempat duduk ketika kami sama kelas di sekolah menengah dahulu. Mungkin dunia tidak perlu tahu akan tentang diri dia. Namun memorinya sentiasa segar dan akan kami simpan di ingatan kami dan keluarganya untuk selamanya.  Terutama lagi dengan isterinya dan anaknya yang masih lagi bayi, we always pray for you.
Saya mengisi ruang post ini bukan hanya untuk mengabarkan kepergianya namun saya ingin mencerita tentang disebalik kisah hidupnya, disekolah joel seorang yang biasa-biasa, dia tidak terlalu expert dalam semua pelajaran, tapi seorang yang aktif dalam sukan dan activity, ayahnya seorang guru di sekolah itu juga. Dan memandangkan saya sama duduk dengan dia waktu sekolah, dia selalu menceritakan bahawa ayahnya mempunyai expectation yang banyak untuk dirinya. Dia selalu mengatakan bahawa dia selalu hilang focus ketika pelajaran dan sukar untuk mengingati semuanya. Jujur saya katakan, saya juga turut tidur dengannya di kelas terutama matapelajara mathematic kerana kami langsung tidak memahaminya dan sukar untuk memahaminya `hahaha` pada tahun itu matapelajaran metamatic sangat sukar apalagi dengan bahasanya ditambah bahasa English, memang pening kepala la dik. Pokoknya, setelah kami tamat sekolah tingkatan 5, dan setelah kami mendapat keputusan spm masing-masing, dia begitu kecewa dengan keputusannya, dan dia memberitahu kepada saya bahawa dia cukup malu untuk pulang bersemuka dengan ayahnya. Saya berkata dengannya `tak pa tu wel, faham ayah kau tu nanti`. Ingatan saya tentang kejadian itu sepertinya seperti semalam,dan perkara itu sepertinya masih segar di fikiran saya, kerana bagi saya,  itu adalah moment yang paling down yang diungkapkan oleh seseorang.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, pada tahun ini umur kami sudah pun beranjak 30. saya melihat dia mempunyai progress didalam kehidupnya. Oleh kerana kami mempunyai kehidupan masing-masing dan sentiasa sibuk, saya jarang mengetahui kabarnya namun  saya mendengar kabar bahawa dia berkahwin dengan wanita yang dia sukai ketika waktu sekolah, sebagai rakan yang duduk semeja, mendengar keluh kesahnya tentang perempuan yang dia sukai itu sudah menjadi rutin harian bagi saya untuk mendengarnya. Oleh itu, Saya turut gembira akan dirinya meskipun saya tidak dapat hadir ke perkahwinanya pada ketika itu kerana sibuk berkerja.
Apa yang saya ingin saya sampaikan disini, adalah kegagalan  dan kebahagian bukan hanya terletak kedalam satu point, jika kamu gagal tidak bermaksud kamu tidak akan Berjaya, mungkin sekarang kamu tidak merasa bahagia, tetapi jika kamu selalu berfikiran positive seperti joel dan sentiasa senyum dengan semua orang walaupun didalam kesukaran.mana tahu,  Kita akan melihat cahaya di penghujung terowong. Saya tahu Mungkin tidak semuanya sempurna , tapi mempunyai perasaan bersyukur akan hal-hal yang baik dalam hidup sedikit mampu memberi kita calm dalam kehidupan. Apa yang saya pelajari disini, mendengar kesedihan seorang pemuda ketika dahulu, pemuda itu sekarang  terpancar dengan kebahagian dan Berjaya dalam kehidupan. Tapi tuhan lebih menyayangi dirinya. Akhir kata, saya berharap para reader dapat melihat perspektif tersebut seperti pandangan saya. Mungkin pemergianan seseorang yang kamu tidak kenali itu, tidaklah begitu penting. Namun kisah seseorang itu adalah memori  yang terpahat di dalam fikiran saya, Rip joel liun 

find your inspiration..


kita mempunyai inspiriasi yang berbeza dalam kehidupan, ada orang mengambil inpirasi dari tokoh-tokoh yang ternama, ada orang mengambil orang sekitarnya menjadi inspirasi dalam hidup mereka. Inspirasi ini adalah sesuatu yang strive hidup kamu untuk improve menjadi lebih baik, inspirasi ini adalah sesuatu yang ingin hidup kamu terjadi tidak kira dari segi mentality atau fizikal atau sesuatu yang mengubah dari cara kamu berfikir agar hidup kamu menjadi lebih baik.
Saya mengambil inspirasi saya dari tokoh terkenal yang berasal dari Australia, dia sorang penulis yang terkenal, malah dia juga seorang speaker kepada banyak event tidak kira ke sekolah-sekolah, gereja dan sebagainya, walaupun  dia seorang yang mempunyai kekurangan, dia tidak mempunyai tangan dan kaki, dia masih meneruskan perjuangannya. nama dia adalah nick vujicic. Semasa saya pertama kali menonton salah salu ceramahnya  saya begitu respect akannya. Kerana dia pernah berkata, bahwa kita semua mempunyai tangan dan kaki namun kita ini masih lagi tidak lagi pernah bersyukur, dan kita selalu mengeluh. lalu dia juga mendemonrasikan bagaimana jika dia makan, dan kadang dia terpaksa meminta bantuan dari orang walaupun dia merasa malu dan bagaimana dia harus bangkit berdiri tegak kerana dia selalu jatuh sebab tanpa tangan dan kaki mestilah kita akan salalu terjatuh dilantai, dan dia juga mengatakan, apabila kita jatuh, apa yang harus kita lakukan? Kita harus bangkit berdiri kerana kita harus bangkit tidak kira walau berapakali saya jatuh, namun saya tetap harus bangkit berdiri. Dan sebagaimana kuat pun kamu atau siapa pun kamu, kita harus meminta bantuan kerana kita perlu bantuan orang lain, kerana di dalam kehidupan ini tiada saya didalamnya melainkan kita.
Saya juga telah membeli keempat-empat keluaran buku nya iaitu judul limitless, life without limits, stand strong dan unstoppable. Salah satu favorite saya adalah buku limitless, sebenarnya limitless adalah buku yang saya pinjam daripada sepupu saya kerana dia telah membeli nya ketika dia masih di university, dia kata dia membelinya kerna ianya adalah random pick dan dia juga belum membacanya. Setelah saya membawa buku balik dan saya membacanya, saya agak tersentuh, sebab banyak dalam kandungannya memberi  saya wake up call. Dia pernah mengatakan bahawa ketika usia mudanya, dia pernah ingin terjun ke sungai santa monica untuk melakukan membunuh diri, kehidupan ini sebenarnya banyak ujian namun kita harus hang on in there kerana semuanya akan berlalu, tuhan akan menjanjian yang terbaik dalam hidup kita. Dan bayangkan saja jika dia terjun ke sungai santa monica pada ketika itu, dia mungkin tidak akan menulis kesemuaan buku ini dan bagaimana pula dengan perasaan ibubapanya,malah katanya jika dia terjun ke sungai pada ketika itu bagaimana dia akan menyentuh hidup kita dengan cerita-ceritanya.  
Semua buku- buku nick adalah berunsurkan Christian , oleh kerana saya juga saya seorang beragama Christian jadi buku ini adalah dekat di hati. Mungkin yang agama yang lain tidak kira sama atau tidak, kita ambil cerita dia sebagai mengingatkan detik dalam kehidupan kita bahawa kita harus banyak bersyukur, jangan mengeluh, jangan putus asa. Saya tahu mungkin kamu sekarang ni tengah struggle dalam kehidupan. Saya berharap kamu masih dapat bangkit berdiri dan kamu tetap terus melangkah depan kerana saya tahu setiap usaha kalian akan 

Sunday, May 9, 2021

My confession

Hampir lebih beberapa tahun saya tidak menulis dan mengisi sesuatu ke dalam blog ini,hari ini terdetik saya ingin meletakkan sesuatu ke dalam post ini. Saya juga sebenarnya mepunyai beberapa blog yang lain, dan blog itu saya buat untuk tajuk yang berbeza dan saya tujukan untuk reader yang mungkin berminat dengan tajuknya. Okey, seperti yang kamu tahu pada tahun ini 2021 dan tahun lepas iaitu tahun 2020 seluruh dunia telah digemparkan dengan virus wuhan flu iaitu corona virus aka covid19. Sebenarnya Saya malas nak hujahkan lebih detail tentang covid19 kerana ianya telah diterangkan dalam banyak media tidak kiralah dari television, facebook atau sebagainya. Dan seluruh pelosok dunia pun tahu akan apakah covid 19 ini, dan tak perlulah saya terangkan disini, kerana kepala saya pun dah naik pening everytime buka tv especially berita tentang covid, tengok media social juga tentang covid19. Ya, saya tahu kita harus diperingatkan untuk menjaga diri kita ketika pendemik ini, kerana virus ini sangat mudah untuk dijangkiti dan kepada mereka yang mempunyai imusasi badan yang lemah juga mudah diserang.
Okey enough covid, sebenarnya I have a confession to make, sebenarnya saya anxiety untuk menulis sesuatu kepada blog ini? What! Why!?. Because my life is not perfect, dan apabila saya menulis blog saya yang lain, saya lebih confident kerana saya menulisnya sebagai ananomasy, saya menulisnya tanpa mereka yang membaca tidak tahu siapa diri saya dibelakang screen. Kerana saya lebih gemar untuk mencetuskan idea dan memberi maklumat tanpa batas, tapi bila saya expose diri saya di dalam blog ini saya agak anxiety. Saya tahu blog ini saya ciptakan pada tahun 2010, jujurku katakan pada dulu saya pun tak tahu apa yang saya buat dan apa idea yang saya ingin sampaikan. Ingin terdetik saya ingin memadam semua post di dalam blog ini kerana saya sendiri malu untuk membacanya. Tapi, herm teruskan saja lah. Bila saya ingatkan semula, macam takda orang juga yang membaca blog ini. So, what in mind right now, saya ingin jadikan blog ini untuk membuka ruang bagi diri saya untuk flashback diri saya dengan apa yang berlaku di sekitar saya.
Seriously I don’t know, jika ada orang membuka blog ini untuk membacanya, dan juga saya tak tahulah, sekarang ini the new generation mereka lebih gemar membuka app tiktok dan lebih mencari information dari facebook. Dan walaubagaimana pun, jika masih ada orang yang masih membaca blog saya, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi, dan saya harap saya dapat memberi kita topic-topic yang menarik dan sedikit sebanyak kalian terhibur. Dan saya kembali untuk menulis blog ini kerana saya mempunyai beberapa idea yang mungkin bakal saya tuliskan nanti dan topic yang berada dalam minda saya mungkin ingin saya kongsikan.