Sunday, May 16, 2021

Untuk sahabat saya


Hari ini, saya ingin mengabarkan berita bahawa. Sahabat saya yang saya kasihi telah meninggal kan dunia ini. Telah berlaku kemalangan dijalan raya, namun dia terselamat dan masih mampu berdiri ketika  itu, setelah dia di bawa ke emergency room dia mungkin mempunyai kompilasi pernafasan di bahagian dada sehingga membuat dia menghembuskan nafas nya yang terakhir. Shabat saya yang bersama tempat duduk ketika kami sama kelas di sekolah menengah dahulu. Mungkin dunia tidak perlu tahu akan tentang diri dia. Namun memorinya sentiasa segar dan akan kami simpan di ingatan kami dan keluarganya untuk selamanya.  Terutama lagi dengan isterinya dan anaknya yang masih lagi bayi, we always pray for you.
Saya mengisi ruang post ini bukan hanya untuk mengabarkan kepergianya namun saya ingin mencerita tentang disebalik kisah hidupnya, disekolah joel seorang yang biasa-biasa, dia tidak terlalu expert dalam semua pelajaran, tapi seorang yang aktif dalam sukan dan activity, ayahnya seorang guru di sekolah itu juga. Dan memandangkan saya sama duduk dengan dia waktu sekolah, dia selalu menceritakan bahawa ayahnya mempunyai expectation yang banyak untuk dirinya. Dia selalu mengatakan bahawa dia selalu hilang focus ketika pelajaran dan sukar untuk mengingati semuanya. Jujur saya katakan, saya juga turut tidur dengannya di kelas terutama matapelajara mathematic kerana kami langsung tidak memahaminya dan sukar untuk memahaminya `hahaha` pada tahun itu matapelajaran metamatic sangat sukar apalagi dengan bahasanya ditambah bahasa English, memang pening kepala la dik. Pokoknya, setelah kami tamat sekolah tingkatan 5, dan setelah kami mendapat keputusan spm masing-masing, dia begitu kecewa dengan keputusannya, dan dia memberitahu kepada saya bahawa dia cukup malu untuk pulang bersemuka dengan ayahnya. Saya berkata dengannya `tak pa tu wel, faham ayah kau tu nanti`. Ingatan saya tentang kejadian itu sepertinya seperti semalam,dan perkara itu sepertinya masih segar di fikiran saya, kerana bagi saya,  itu adalah moment yang paling down yang diungkapkan oleh seseorang.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, pada tahun ini umur kami sudah pun beranjak 30. saya melihat dia mempunyai progress didalam kehidupnya. Oleh kerana kami mempunyai kehidupan masing-masing dan sentiasa sibuk, saya jarang mengetahui kabarnya namun  saya mendengar kabar bahawa dia berkahwin dengan wanita yang dia sukai ketika waktu sekolah, sebagai rakan yang duduk semeja, mendengar keluh kesahnya tentang perempuan yang dia sukai itu sudah menjadi rutin harian bagi saya untuk mendengarnya. Oleh itu, Saya turut gembira akan dirinya meskipun saya tidak dapat hadir ke perkahwinanya pada ketika itu kerana sibuk berkerja.
Apa yang saya ingin saya sampaikan disini, adalah kegagalan  dan kebahagian bukan hanya terletak kedalam satu point, jika kamu gagal tidak bermaksud kamu tidak akan Berjaya, mungkin sekarang kamu tidak merasa bahagia, tetapi jika kamu selalu berfikiran positive seperti joel dan sentiasa senyum dengan semua orang walaupun didalam kesukaran.mana tahu,  Kita akan melihat cahaya di penghujung terowong. Saya tahu Mungkin tidak semuanya sempurna , tapi mempunyai perasaan bersyukur akan hal-hal yang baik dalam hidup sedikit mampu memberi kita calm dalam kehidupan. Apa yang saya pelajari disini, mendengar kesedihan seorang pemuda ketika dahulu, pemuda itu sekarang  terpancar dengan kebahagian dan Berjaya dalam kehidupan. Tapi tuhan lebih menyayangi dirinya. Akhir kata, saya berharap para reader dapat melihat perspektif tersebut seperti pandangan saya. Mungkin pemergianan seseorang yang kamu tidak kenali itu, tidaklah begitu penting. Namun kisah seseorang itu adalah memori  yang terpahat di dalam fikiran saya, Rip joel liun 

find your inspiration..


kita mempunyai inspiriasi yang berbeza dalam kehidupan, ada orang mengambil inpirasi dari tokoh-tokoh yang ternama, ada orang mengambil orang sekitarnya menjadi inspirasi dalam hidup mereka. Inspirasi ini adalah sesuatu yang strive hidup kamu untuk improve menjadi lebih baik, inspirasi ini adalah sesuatu yang ingin hidup kamu terjadi tidak kira dari segi mentality atau fizikal atau sesuatu yang mengubah dari cara kamu berfikir agar hidup kamu menjadi lebih baik.
Saya mengambil inspirasi saya dari tokoh terkenal yang berasal dari Australia, dia sorang penulis yang terkenal, malah dia juga seorang speaker kepada banyak event tidak kira ke sekolah-sekolah, gereja dan sebagainya, walaupun  dia seorang yang mempunyai kekurangan, dia tidak mempunyai tangan dan kaki, dia masih meneruskan perjuangannya. nama dia adalah nick vujicic. Semasa saya pertama kali menonton salah salu ceramahnya  saya begitu respect akannya. Kerana dia pernah berkata, bahwa kita semua mempunyai tangan dan kaki namun kita ini masih lagi tidak lagi pernah bersyukur, dan kita selalu mengeluh. lalu dia juga mendemonrasikan bagaimana jika dia makan, dan kadang dia terpaksa meminta bantuan dari orang walaupun dia merasa malu dan bagaimana dia harus bangkit berdiri tegak kerana dia selalu jatuh sebab tanpa tangan dan kaki mestilah kita akan salalu terjatuh dilantai, dan dia juga mengatakan, apabila kita jatuh, apa yang harus kita lakukan? Kita harus bangkit berdiri kerana kita harus bangkit tidak kira walau berapakali saya jatuh, namun saya tetap harus bangkit berdiri. Dan sebagaimana kuat pun kamu atau siapa pun kamu, kita harus meminta bantuan kerana kita perlu bantuan orang lain, kerana di dalam kehidupan ini tiada saya didalamnya melainkan kita.
Saya juga telah membeli keempat-empat keluaran buku nya iaitu judul limitless, life without limits, stand strong dan unstoppable. Salah satu favorite saya adalah buku limitless, sebenarnya limitless adalah buku yang saya pinjam daripada sepupu saya kerana dia telah membeli nya ketika dia masih di university, dia kata dia membelinya kerna ianya adalah random pick dan dia juga belum membacanya. Setelah saya membawa buku balik dan saya membacanya, saya agak tersentuh, sebab banyak dalam kandungannya memberi  saya wake up call. Dia pernah mengatakan bahawa ketika usia mudanya, dia pernah ingin terjun ke sungai santa monica untuk melakukan membunuh diri, kehidupan ini sebenarnya banyak ujian namun kita harus hang on in there kerana semuanya akan berlalu, tuhan akan menjanjian yang terbaik dalam hidup kita. Dan bayangkan saja jika dia terjun ke sungai santa monica pada ketika itu, dia mungkin tidak akan menulis kesemuaan buku ini dan bagaimana pula dengan perasaan ibubapanya,malah katanya jika dia terjun ke sungai pada ketika itu bagaimana dia akan menyentuh hidup kita dengan cerita-ceritanya.  
Semua buku- buku nick adalah berunsurkan Christian , oleh kerana saya juga saya seorang beragama Christian jadi buku ini adalah dekat di hati. Mungkin yang agama yang lain tidak kira sama atau tidak, kita ambil cerita dia sebagai mengingatkan detik dalam kehidupan kita bahawa kita harus banyak bersyukur, jangan mengeluh, jangan putus asa. Saya tahu mungkin kamu sekarang ni tengah struggle dalam kehidupan. Saya berharap kamu masih dapat bangkit berdiri dan kamu tetap terus melangkah depan kerana saya tahu setiap usaha kalian akan 

Sunday, May 9, 2021

My confession

Hampir lebih beberapa tahun saya tidak menulis dan mengisi sesuatu ke dalam blog ini,hari ini terdetik saya ingin meletakkan sesuatu ke dalam post ini. Saya juga sebenarnya mepunyai beberapa blog yang lain, dan blog itu saya buat untuk tajuk yang berbeza dan saya tujukan untuk reader yang mungkin berminat dengan tajuknya. Okey, seperti yang kamu tahu pada tahun ini 2021 dan tahun lepas iaitu tahun 2020 seluruh dunia telah digemparkan dengan virus wuhan flu iaitu corona virus aka covid19. Sebenarnya Saya malas nak hujahkan lebih detail tentang covid19 kerana ianya telah diterangkan dalam banyak media tidak kiralah dari television, facebook atau sebagainya. Dan seluruh pelosok dunia pun tahu akan apakah covid 19 ini, dan tak perlulah saya terangkan disini, kerana kepala saya pun dah naik pening everytime buka tv especially berita tentang covid, tengok media social juga tentang covid19. Ya, saya tahu kita harus diperingatkan untuk menjaga diri kita ketika pendemik ini, kerana virus ini sangat mudah untuk dijangkiti dan kepada mereka yang mempunyai imusasi badan yang lemah juga mudah diserang.
Okey enough covid, sebenarnya I have a confession to make, sebenarnya saya anxiety untuk menulis sesuatu kepada blog ini? What! Why!?. Because my life is not perfect, dan apabila saya menulis blog saya yang lain, saya lebih confident kerana saya menulisnya sebagai ananomasy, saya menulisnya tanpa mereka yang membaca tidak tahu siapa diri saya dibelakang screen. Kerana saya lebih gemar untuk mencetuskan idea dan memberi maklumat tanpa batas, tapi bila saya expose diri saya di dalam blog ini saya agak anxiety. Saya tahu blog ini saya ciptakan pada tahun 2010, jujurku katakan pada dulu saya pun tak tahu apa yang saya buat dan apa idea yang saya ingin sampaikan. Ingin terdetik saya ingin memadam semua post di dalam blog ini kerana saya sendiri malu untuk membacanya. Tapi, herm teruskan saja lah. Bila saya ingatkan semula, macam takda orang juga yang membaca blog ini. So, what in mind right now, saya ingin jadikan blog ini untuk membuka ruang bagi diri saya untuk flashback diri saya dengan apa yang berlaku di sekitar saya.
Seriously I don’t know, jika ada orang membuka blog ini untuk membacanya, dan juga saya tak tahulah, sekarang ini the new generation mereka lebih gemar membuka app tiktok dan lebih mencari information dari facebook. Dan walaubagaimana pun, jika masih ada orang yang masih membaca blog saya, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi, dan saya harap saya dapat memberi kita topic-topic yang menarik dan sedikit sebanyak kalian terhibur. Dan saya kembali untuk menulis blog ini kerana saya mempunyai beberapa idea yang mungkin bakal saya tuliskan nanti dan topic yang berada dalam minda saya mungkin ingin saya kongsikan. 

Saturday, August 12, 2017

Sekian lama

Sudah lama sekali blog ini tidak update postingan baru. Bukan tanpa alasan. Saya tidak update karna memang kebetulan ada kesibukan dunia nyata yang tidak dapat saya tinggalkan. Jadinya blog ini agak sedikit terbengkalai. Padahal niatnya  saya mahu tetap ingin menceritakan hidup saya melalui halaman ini.

Menjadi seorang blogger Half Time beginilah risikonya. Saya tidak 100% fokus untuk membangun sebuah blog sesuai yang saya target kan. Karna disamping ngeblog saya juga banyak cerita-cerita yang lain. Berhubung saya juga masih berstatus sebagai singal. Sehingga mau tidak mau saya  tulis sebaik mungkin. Cuma lagi terkadang suatu waktu yang memang  saya tidak membaginya dengan begitu baik. Akhirnya saya teruskan menulis saja. 😁

5 perkara aku lakukan ketika sedih 😔

    Kesedihan adalah hal yang pasti dirasakan semua orang. Sedang bahagia, tiba-tiba ada kabar duka, biasa. Kesedihan adalah proses hidup yang datang silih  berganti bersama kebahagiaan, rasa  sakit, rindu dan banyak hal.
    Tapi terkadang kita merasakan sedih tanpa alasan. Tidak ada kabar duka, tidak ada masalah,  tapi tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menggigit sela-sela hati kita, yang memaksa kita untuk menangis, tanpa tahu kenapa dan mengapa.
     kadang orang akan sedikit lupa dengan kesedihanya dengan  menyibukkan diri, meskipun tidak semuanya terus hilang dapat mengurangi kesedihan, yaa dengan fokus bekerja, belajar, atau bermain dan ketawa dengan kawan, dapat jadi dengan seiring waktu yang terus berjalan mungkin dapat hilang kesedihan.

1. Menangislah

Sedih tanpa alasan, ingin rasanya menangis, jangan berpura-pura kuat, menangis saja. Walaupun kita tak tahu mengapa, tapi menangislah, Karena kita hanya untuk membuat diri kita merasa lega. Dan rasa sedih itu memaksa  kita untuk menangis, maka menangislah, menangis saja.
Menangislah sampai kita puas, sampai kita lelah.

2. Kasih Sayang

Jika Sahabat  sedih tanpa alasan, cobalah whatapp atau bertemu orang-orang terdekat Sahabat.  Kamu tak perlu kata kamu sedang sedih kepada mereka. Kamu  cukup menanyakan kabar, bercerita banyak hal, tertawa, maka sedikit banyak  rasa  sedih tak beralasan itu akan menghilang. Atau kamu boleh melakukan hal-hal yang kamu sukai seperti membaca, menulis, atau mencari hobi.

Lawan perasaan yang memintamu untuk terkurung sendirian dalam kesedihan dan keterpurukan. Semua hal baik memang harus dipaksakan pada awalnya.

3. Clear

Clearkan diri sangatlah penting. Apakah kamu melakukan kesalahan sebelumnya? Atau kamu telah mengecewakan seseorang dan akhirnya menderita dan bersedih tanpa alasan? Atau kamu telah melanggar janji pada dirimu sendiri? Banyak hal-hal yang tak terlihat yang mungkin menjadi alasan kamu bersedih. Dan ketika kamu menemukannya dan berusaha memperbaikinya, semua hal perlahan akan menjadi lebih baik.

Clear atau evaluasi sangat penting demi menemukan jati diri atau sebab yang walaupun tidak ditemukan, setidaknya usahaa dalam menemukannya dapat membuat kita menjadi lebij lega.

4. Tidurlah

Resah gelisah, sedih tak berpenghujung tanpa alasan pasti sangat membuat kita menderita. Apalagi anak perantauan yang jauh dari keluarga. Walaupun kamu memiliki banyak teman atau sahabat, tak jarang rasa sedih membuat kita ingin menyendiri walaupun semakin menderita. Maka hal yang harus dilakukan hanyalah bertahan, menangis, sendirian, dan terlelap ketika kamu lelah. Dan semoga esok menjadi lebih  baik.

Selain itu tidur dapat membuat kita melupakan banyak hal, apalagi kesalahan.

5. Mengadu

Mengadu? Pada-Nya. Pada Dia  yang memberi rasa sedih. Menangislah dalam doa-doamu. Untuk kesedihan yang tak kamu tahu, minta dia menunjukkan jalan, menghilangkan rasa sakit dan sedih bersamaan dengan jawaban. Dan perlahan semua hal akan terasa lebih ringan.

Selamat mencoba. Jesus love u. jangan bersedih!

Saturday, January 11, 2014

My biodata

kerinduan saya untuk menulis blog ini adalah untuk menceritakan serba sedikit akan tentang hidup saya di sini, well like you know. saya tinggal di limbang. di bandar limbang ini tidaklah besar sangat, ianya sebuah bandar kecil yang terletak diantara kedua daerah Brunei.. dan saya cuma seorang lelaki biasa yang tinggal di sebuah bandar kecil ini. disinilah tempat saya mecari nafkah. dan saya rasa hampir sepanjang hidup saya cuma di limbang ini. disini lah tempat saya sekolah, dan kawan saya berada.., jujur saya jarang sekali saya keluar ke bandar yang berdekatan yang lain apalagi ke luar negeri serawak ini.
  oklah let done talk about country, let talk about me. well, as you guy know umur saya sekarang ialah 22 tahun pada tahun ini. dan perubahan saya juga meningkat, maksud saya berat badan saya. biasalah kalau dah kerja kat dapur ni, nak buat apa lagi selain makan, makan, makan.. nak control pun tak guna dah..kalau dah nafsu tu, makan saja la labu. saya jarang exercise,  mostly in my life internet lah jadi sahabat saya, 'god bless internet '. saya suka music, bagi saya music adalah satu perkara yang tak dapat dipisahkan  dari saya, kalau saya ada problem, pasang earphones besar-besar kat telinga, then itulah moment saya escape dari reality world dan problem solve  kononnya hehe. food juga adalah tabiat saya juga jika saya ada problem kunun nya kalau saya makan itu, saya tengah makan masalah saya la tu..hehe.. itu lah saya, jujur saya katakan itulah saya jika kalian ingin tahu pasal saya. then em..saya never skip church, itupun kalau saya tidak dapat datang atas alasan kerja, saya suka datang ke gereja, walaupun gerejanya kecil sahaja dan kelompoknya juga sedikit tapi saya bersyukur kerna menjadi ahli gereja grace church limbang ministry, bagi saya duduk di gereja dalam masa 5 jam sahaja dalam 1minggu untuk 1 hari why not, itu pun sudah menjadi berkat bagi orang Christian, oklah itu saja pasal church lebih selanjutnya nanti saya cerita kan pasal church ini. then saya tidak mudah bergaul dengan orang dan tidak suka bercakap apalagi dalam perbualan, itu adalah sebahagian negative dalam diri saya. tapi saya seorang pendengar dan itu perkara positive dalam saya, kebanyakan orang yang disekeliling saya tahu akan itu, they understand me well sebab mereka kenal saya lama. saya juga masih singal, tidak berminat sangat nak cari wife sangat just someone who understand me je and have fun ..'simple lifekan' hehe..
  bagi saya, hidup ini seperti roda kadang-kadang naik kadang turun. tapi jika adalah lebih baik jika kita menjerit dan enjoy it ketika kita dalam perjalananya. jujur saya katakan my life is not damn fucking perfect at all, you see blog saya macam saya mempunyai kehidupan yang menarik dan indah. well, saya katakan dalam gambar tidak menunjukan bahwa kita bahagia. tapi di sebalik senyuman itu terdapat bejuta pertanyaan, keraguan kepada tuhan..setiap hari dpenuhi dengan senyuman yang indah tapi mempunyai api kemarahan seperti pendarahan yang mengalir tidak henti henti. teman, jangan lihat kesempurnaan hidup ini, tapi lihat saya sebagai manusia biasa yang mengiginkan kenangan yang dapat saya tulis agar saya dapat ketawa membacanya.
   itulah saja guy, serba sedikit tentang  diri saya hehe, ini sahajalah yang mampu saya tulis memandangkan sekarang jam menunjukan 1:44 am. saya harap semua yang tertulis oleh saya ini, dapat kalian pahami dan berpuas hati.. jangan risau la kalian,  ini blog saya, tentulah saya akan menulis lagi blog ini, tapi sekarang saya cuma ingin mengatakan selamat malam..

Thursday, January 9, 2014

my family part 5

 Aishah
aishah baru beberapa bulan
mau masuk 1 tahun
aishah sudah 1 tahun lebih..