Tuesday, April 30, 2013

sejenak santai d kedai makan



Dear all my blogger, saya betul-betul meminta maaf jika saya begitu lama tidak menulis apa-apa entry ke dalam blog dalam beberapa bulan ini, begitu sibuk sekali dengan kerja malah dalam rutin kehidupan seharian saya. pada sekarang ini, saya berada di sebuah restoren fast food iaitu sugarbun, sudah hampir dalam 1 jam saya berada duduk disini, sepertinya costumer-costumer disini kelihatan sekejap sahaja makan kerana saya duduk di sini begitu lama merasakan meraka menikmati makanan dan meniggalkan saya begitu cepat haha. Sekarang suasana di sini begitu rilex sekali, mendengar riuh rendah bunyi seperti bisikan orang bercakap ketika makan, dan kedengaran bunyi bising perkerja sugarbun didalam sepertinya dapat didengari dari sini. Sebelum ketibaan saya kemari, saya begitu gopah untuk cepat-cepat untuk datang ke restoren bawah rumah saya, tapi malangnya restoren itu tutu hari ini, entah kenapa. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk datang ke sugarbun yang boleh dikatakan agak dekatlah supaya saya dapat meluangkan masa untuk kmelayari internet, menulis journal, main wechat dan menulis blog .hehe..jangan ingat saya hanya menulis hanya untuk entry blog ini sahaja ya, selama ini saya mempunyai 2 blog lagi untuk diisi, blog yang lain-lain itu adalah tentang perkara kehidupan yang lain dan untuk pembaca yang lain supaya membantu mereka untuk lebih memamahami dari cara kehidupan ini. tapi malangnya saya tidak dapat memberitahu blog itu kepada pembaca disini agar privasi saya tidak dicampuri dengan projek blog saya yang lain. Sekarang jam sudah menandakan pukul 10.34. saya masih duduk disini dengan tenang sambil menaip laptop ini, wah mata-mata disini memandang menjeling kemari sepertinya ingin mengetahui apa yang sedang saya taip, ruang tempat disini agak meluas dan mungkin agak susah jika saya menulis bila duduk di bahagia bawah, saya sekarang duduk di atas ketangga yang tinggi sikit dan mempunyai dinding di belakang, ini membuat aku lebih senang dan sedikit tertutup untuk menulis blog.
   Oklah selalunya ketika saya masuk ke blog ini, saya sentiasa  menceritakan akan keindahan hidup di dalam agama Christian, dan saya ingin menceitakan sedikit dari gereja baru yang saya hadir sekarang, nama gereja itu ‘grace church’ dan hampir satu tahun saya telah menghadiri gereja ini, gereja  ini masih dalam kelompok kecil-kecilan dan tidak punyai instrument music yang yang banyak Cuma guiter saja, pastor yang melayani di sana adalah pastor lewi francais. Dia menpunyai ijazah dalam pastor Christian diperolehi di Indonesia, dahulu nya dia mempunyai kisah silam gelap ketika dia masih mengikuti gangster cina, setelah beberapa lama dia mengikuti group gelap ini, dia mulai diganggu oleh sesuatu yang tidak baik iaitu roh-roh jahat. Namun keluarganya, ibubapanya selalu mendorong dalam doa agar dia dapat disembuhkan. Maka mulai dari kejadian itu dia mulai mengenal yesus secara peribadi kerana selama dia bergelar sebagai Christian, dia tidak pernah untuk mengikuti ajaranya. Kisah yang menyedihkan ketika dia masih belajar di jurusan pastor Indonesia, ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menhadiri ke rumah ketika ayahnya meniggal dan dia merasa sedih kerana ayahnya tidak sempat untuk melihat kejayaannya. Saya sasangat bersyukur kerana saya dapat hadir ke gereja ini, saya dapat merasakan seperti keluarga disini, walaupun kami disin dalam kelompok yang masih kecil namun puji tuhan, dia menyediakan aku permulaan di dalam pemikiran seorang anak lelaki Christian. Saya berharap pembaca dapat mendorong saya dalam doa kepada gereja ini, biarlah gereja ini menjadi sinar tuhan yesus, dan diterangi supaya jiwa-jiwa dapat diselamatkan melaui gereja ini.